THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

11 April 2009

09 April 2009

petua

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu'. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

• Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu bermunajatlah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

26 March 2009

muslim

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Graphics

24 March 2009

Renungan...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

Apabila kita disakiti,janganlah kita bersedih.Dalam perasaan bersedih itu,mesti ada terselitnya hikmah.Hati kita umpama kaca,rapuh dan keras,maka semailah hati kita dgn iman dan takwa.Keimanan menguatkan hati kita,mengatasi segala kesedihan,apabila nikmat iman dan ketakwaan,memberikan kita kemanisan tak terhingga ..

Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinknnya. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai, tetapi bila hati itu telah mati, dengan mudahnya dapat dipengaruhi, itulh perumpamaan jiwa-jiwa insan, mudah leka, lupa dan alpa. Sedarlah dan sama-sama kita saling ingat mengingtkan, Semoga hati kita dipelihara dan trpelihara. Amin..

Bahtera Hamba

Sukar berlabuh
sebuah bahtera keinsafan
memberanikan aku sebagai nakhoda
di lautan luas gelombang yang datang
menghanyutkan segala
kemudi kedasar dosa...
Kucekalkan diriku
bergapaian air mata
meluncur bahtera ke pulau redha
ku pasrahkan hatiku
meredah gelombang cinta
yang luas menggunung menghempas dosa...
Kalau tiba ke pantai putih
hamparan pasir permaidani terbentang luas
rahmat dan kasih sayang Mu
Kembali bertawadhuk
dipulau yang redha ni
ku hindarkan naluri
segala mazmumah diri
beralunan lautan
bertiup bayu kesempurnaan
ditaman itu jiwa bersemadi....
Kini danau nurani bersih
berwudhu' air mata yang gugur
menyerah diri kepada Allah
mendamba kasih menghina diri
syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diri ku
di bawah naungan keampunan
hidup matiku hanya untukMu....